Salam Bumi Jordan,
25/9/2019,
Hampir sebulan sudah aku berada di bumi anbiya’,
Hari ini aku ingin berkongsi sedikit cerita yang mungkin boleh dijadikan penguat dan inspirasi untuk para penghafaz al quran sekalian.
Seusai solat zohor di Masjid Jamiah Wise, kami (aku,luqman,anas) telah berbual bual dengan seorang penuntut university wise secara tidak sengaja. Dia menegur kami ketika berada di luar masjid sementara menunggu teksi untuk ke pekan Tobarbour.
Dia seorang mahasiswa pengajian fiqh syafie di Universiti Wise, seorang hafiz quran yang berasal dari Nigeria, seorang lelaki berkulit hitam namun sentiasa menghiasi wajahnya dengan senyuman manis ketika berbual. Apa yang mengejutkan kami adalah dia telah menulis sebanyak 12 kali quran(secara tahriri 30 juz). Oppss terlupa nama dia. Namanya Muhammad Kamil. Ketika berbual bual dengan Kamil, Kamil berkata :
" السلام عليكم يا دكتور "
Spontan kami berpaling, Kamil bersalam dengan seorang lelaki yang agak berusia dari arah belakangnya, berkopiah putih dan berjubah putih, kami turut bersalam dengan Dr tersebut. Mungkin sahaja Dr itu adalah salah seorang daripada pensyarah di Jamiah. Aku perhatikan adab Kamil terhadap Dr. Sungguh mulia adabnya ketika bertemu dengan guru, membuka jalan untuk gurunya berjalan keluar dari masjid.
Masjid Jamiah Wise
Apa yang ingin aku ‘highlight’ di sini adalah:
- Baru sekali aku khatam tulis al quran dah berasa agak hebat (astaghfirullah), tetapi dia sudah 12 kali, Masha allah aku yakin dia lagi mutqin hafazan quran dia
- Adab seorang muslim terhadap gurunya adalah sangat penting. Lebih lebih lagi seorang penghafaz al quran, perlu hiasi diri dengan akhlak yang mulia, sesuai dengan ‘title’ hafiz al quran
- Sentiasa merendah diri
Okay, itu je kot.
#ptgygproduktif
#djm

No comments:
Post a Comment