DJM (Diari Jordan Malaysia)

Monday, 3 February 2020

Salam Bumi Jordan P11(Rindu aku...)

Sudah sekian lama aku tidak mengisi ruangan ini,

Mungkin sudah tiba waktunya,


~~~~~

Sesosok tubuh yang hina lagi dhaif ini, merasakan kepuasan yang sangat. Hari ini adalah hari yang ditunggu tunggu. Melepaskan pena berwarna biru dengan penuh keyakinan. Melintasi kesesakan manusia yang sedang asyik dengan lembaran kertas putih. Sambil ia berjalan,  senyuman tidak lekang di bibir. Menyerahkan lembaran yang sama kepada pihak berkuasa.

Kreekkkkkkkkk

"Alhamdulillah habis juga semester 1",

Tergambar jelas riak wajah keriangan. Angan² yang dicipta sekian lama seakan akan menerjah keluar, seperti tidak sabar untuk diukirkan sebagai kenangan nanti.

2 hari berlalu dengan sangat pantas.

Persiapan rapi sudah diatur awal. Melonjak hati tanda kegirangan. Membawa impian menggunung untuk ditabur kemudian hari.


"Safar Saed ila Umratuka"

Bagaikan anak kehilangan ibunya. Apabila berjumpa esakan gembira. Itulah jiwa sekian lama. Merawat kerinduan hati terluka.



Mana mungkin engkau mengatakan : " Owh umrah je " , sedangkan dalam perjalanan menunaikan umrah itu akan dihiasi dengan pelbagai ujian, dugaan, kecintaan, kekecewaan dan ketidakstabilan.

Amboi, banyak sungguh !

Engkau akan merasakan ujian yang sangat berat untuk mengekalkan wudu' di dalam 2 masjid ini untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Solat di Masjidil Haram bersamaan dengan 100 000 ganjaran, solat di Masjid Nabawi bersamaan dengan 1000 ganjaran, engkau mahu melepaskan begitu sahaja?

Engkau akan merasakan dugaan yang sangat hebat tatkala melakukan tawaf atau berebut masuk ke Raudhah, berpusu pusu manusia yang pelbagai bangsa dan warna kulit, tidak menghiraukan engkau, semua dengan amalan masing², mahukah engkau berputus asa dan tidak terus beramal?

Engkau akan merasakan kecintaan yang sangat kuat apabila telah melazimi amalan² wajib dan sunat secara istiqomah sebelum menunaikan umrah, merasakan lazatnya ibadah dengan suasana yang sangat membantu, tetapi persoalannya adakag engkau sudah melakukan persediaan sebelum berangkat ke sana?

Engkau akan merasakan kekecewaan pada diri sendiri, melihat orang yang jauh lebih susah daripada engkau dari pelbagai aspek seperti kecacatan, kewangan, namun jauh lebih bersungguh melakukan ibadah, tidak kah engkau kecewa dengan diri sendiri?

Engkau akan merasakan ketidakstabilan dalam diri apabila mudah berasa hendak marah, walau engkau tahu dahulunya engkau tidak seperti itu, bagaimanakah sifat itu boleh berubah secara tiba²?


.....

bersambung

#pagiygproduktif
#djm

No comments:

Post a Comment