DJM (Diari Jordan Malaysia)

Sunday, 29 September 2019

Salam Bumi Jordan P4(Kerja Gile)

Salam Bumi Jordan (part 4)

29/9/2019

Hari ini, aku berjaya juga melawan nafsu malas aku, hahahahahha

Dari minggu lepas aku nak jalan², hahaha asyik keluar ke pekan Tobarbour je, tu pon cari makanan, barang2 dapur, ambil duit, hahaha


Jam 12 tengahhari tadi, aku dengan penuh yakinnya 'order' uber nak ke Cave of The Seven Sleepers (Gua Ashabul Kahfi), Anas tanya aku, " ko serius lah nak ke sana sorang? " hahaha aku angguk je sebab dah tak tahu nak buat apa kat rumah, kuliah pon belum mula lagi, huhuhuh

Dalam perjalanan ke gua Ashabul Kahfi tu, aku amik peluang berbual2 dengan pemandu uber tu, niat asal nk cakap arab, tapi dia lebih fasih berbahasa omputeh, so tak dek pilihan selain cakap omputeh gak lah hahahaha, boleh tahan masyi BI aku,


jam 1 tengahari aku pon sampai, letih jugak dalam kereta je, anggaran awal sepatutnya setengah jam je, tapi disebabkan 'jammed' yang agak teruk tadi, lambat sampai, dan paling sedih naik harga uber daripada JD5.010 kepada JD9. Banyak tu 😭😭😭 tak apa lah, aku dah sampai pon,




kemudian aku pon solat lah di Masjid Ashabul Kahfi tu,




kemudian turun ke bawah menuju ke pintu masuk kawasan gua tu, ingat kan tutup sebab memang pintu tutup dari tadi, rupa rupanya memang begitu, alhamdulillah dapat jugak masuk, kalau tidak sia sia aku datang jauh²


Hampir 15 minit jugak aku kat dalam gua tu, pusing2 dalam tu, tangkap gambar, mujur pagi sebelum aku bertolak ke gua aku 'search' kisah ashabul kahfi ni kat youtube,














meh ena cerita sikit,

- ada tujuh orang pemuda yang tidur di gua tersebut disebabkan melarikan diri dari penguasa yang zalim ketika itu,
-dikatakan zaman tersebut banyak sembahan berhala, dan penguasa tersebut menyuruh rakyat untuk tunduk padanya
-pemuda2 tersebut ditangkap dan dipenjara namun dapat melarikan diri daripada penjara
- tidur selama 309 hari (ikut kalendar matahari) kalau ikut kalendar bulan selama 300 hari, tak kesah lah yang penting 300 lebih gitu
- anjing yang turut serta pemuda tu duduk diluar, sebab malaikat tak masuk ke rumah yang ada anjing,
- banyak tempat di seluruh dunia yang dicanang2 sebagai gua ashabul kahfi( lebih kurang 30 tempat), tetapi pendapat yang kuat mengikut cerita yang digambarkan dalam al quran di Jordan ini
-apabila mereka bangun dari tidur, mereka pikir tidur yang sekejap(sehari atau kurang dari sehari)
-salah seorang daripada mereka keluar mencari makanan, wang yang digunakan oleh mereka sudah lama, dan penjual makanan tersebut melaporkan kepada hakim mengenai wang lama tersebut(khazanah)
-penguasa pada ketika itu bukanlah orang yang zalim, dan merasa takjub dengan kisah pemuda2 tersebut,
-pemuda2 tersebut meminta pada allah untuk dimatikan dan Allah mengabulkan permintaan mereka,

serba sikit cerita yang aku dapat, wallahua'lam, andai ada terkurang terlebih mohon maaf,


selepas itu, aku teruskan pengembaraan aku bersama encik uber ke makam bilal bin rabah, salah seorang daripada sahabat nabi dan paling penting, muazzin nabi ketika nabi muhammad s.a.w. hidup.Kali ini,aku berpeluang untuk berbual2 bahasa arab dengan pemandu uber yang berasal dari Palestin, belum berkahwin, aku bertanya, kenapa belum berkahwin?

kata dia sebab permintaan perempuan2 di Jordan ini tinggi, perlu ada rumah, kerja yang bagus, emas yang banyak, hantaran yang sangat mahal, Allahu, sedih aku mendengarnya,

mudah2han Allah permudahkan urusan dia nak berkahwin suatu hari nanti, aminn, dan mudah2hn Allah permudahkan urusan aku untuk berkahwin nanti aminn 😂😂 hahahaha kalau ada jodoh lah,



makam Bilal bin Rabah tu berada di Wadi Sir(nama kawasan)






Jauh di atas bukit, dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. aku gembira berada di situ kerana suasana yang tenang, tidak bising, rasa seperti tidak mahu balik ke rumah, nak tunggu waktu asar di sini dan solat berjemaah di sini, namun, bateri hp aku buat masalah, tinggal 20 peratus saja, 😭😭😭 kena juga balik awal sebab takut² bateri habis, dari tadi aku menyesal kerana lupa nak bawa 'powerbank' dari rumah,

mungkin ada hikmah disebalik itu, aku pikir baik,

3 tempat lagi (makam nabi syuaib, makam nabi yusha, makam sahabat nabi abdul rahman bin auf) tak dapat diteruskan.

kemudian aku pulang ke rumah, tepat jam 4 petang,

alhamdulillah, selamat sampai ✨✨itu sahaja cerita aku untuk hari ini, buat kerja gile pergi sorang², dah lah baru sebulan duduk sini, buat2 berani, buat macam tempat sendiri, padahal sudah diingatkan oleh senior2 sini untuk elakkan keluar sorang² andaikata tempat yang ingin dituju jauh.

Alhamdulillah Allah jaga aku🥰

#pagiygproduktif
#djm

Wednesday, 25 September 2019

Salam Bumi Jordan P3(Kagum)

Salam Bumi Jordan,

25/9/2019,

Hampir sebulan sudah aku berada di bumi anbiya’,
Hari ini aku ingin berkongsi sedikit cerita yang mungkin boleh dijadikan penguat dan inspirasi untuk para penghafaz al quran sekalian.
Seusai solat zohor di Masjid Jamiah Wise, kami (aku,luqman,anas)  telah berbual bual dengan seorang penuntut university wise secara tidak sengaja. Dia menegur kami ketika berada di luar masjid sementara menunggu teksi untuk ke pekan Tobarbour.
Dia seorang mahasiswa pengajian fiqh syafie di Universiti Wise, seorang hafiz quran yang berasal dari Nigeria, seorang lelaki berkulit hitam namun sentiasa menghiasi wajahnya dengan senyuman manis ketika berbual. Apa yang mengejutkan kami adalah dia telah menulis sebanyak 12 kali quran(secara tahriri 30 juz). Oppss terlupa nama dia. Namanya Muhammad Kamil. Ketika berbual bual dengan Kamil, Kamil berkata :

 " السلام عليكم يا دكتور "

Spontan kami berpaling, Kamil bersalam dengan seorang lelaki yang agak berusia dari arah belakangnya, berkopiah putih dan berjubah putih, kami turut bersalam dengan Dr tersebut. Mungkin sahaja Dr itu adalah salah seorang daripada pensyarah di Jamiah. Aku perhatikan adab Kamil terhadap Dr. Sungguh mulia adabnya ketika bertemu dengan guru, membuka jalan untuk gurunya berjalan keluar dari masjid.

                      Masjid Jamiah Wise



Apa yang ingin aku ‘highlight’ di sini adalah:
- Baru sekali aku khatam tulis al quran dah berasa agak hebat (astaghfirullah), tetapi dia sudah 12 kali, Masha allah aku yakin dia lagi mutqin hafazan quran dia
- Adab seorang muslim terhadap gurunya adalah sangat penting. Lebih lebih lagi seorang penghafaz al quran, perlu hiasi diri dengan akhlak yang mulia, sesuai dengan ‘title’ hafiz al quran
- Sentiasa merendah diri

Okay, itu je kot.

#ptgygproduktif
#djm

Thursday, 12 September 2019

Salam Bumi Jordan P2(Selesa vs Cabaran)


Selesa VS Cabaran

pekan Sweileh, Amman, Jordan

Apa kaitan tajuk dengan gambar di atas? 

Inilah kehidupan kami selama seminggu di Sweileh, awal pagi keluar untuk mencari sarapan, tiada roti canai, tiada mee goreng, tiada nasi lemak, tetapi tepung² yang diuli menjadi roti, kemudian dijadikan roti yang pelbagai jenis, berunsurkan tepung : 

(falafil, burger, syawarma dll)

Mungkin terdapat lagi kedai² yqng berunsurkan sarapan untuk orang asia, namun kami tidak sempat untuk 'survey' lagi. HAHAHA


JAUHHHHH DARI TAJUKKKK ?

Tidak ! bahkan kita akan kembali mengaitkan cerita di atas.

Andai keselesaan yang berpanjangan kita cari, percayalah ia tiada di dunia ini, jadikan cabaran itu untuk anda selesa, maksudnya?

Selesa dengan cabaran baru, 

Kemudian, sabarlah dengan cabaran baru tersebut,

pepatah arab mengatakan : 
 "من صبر ظفر"
(barang siapa yang bersabar, maka ia akan beruntung)


~~~~~~~~~~



keadaan rumah persinggahan kami sebelum berpindah ke tabarbour


antara cabaran yang kami hadapi sepanjang seminggu di sini :

- tidak faham bahasa ammi jordan
- kurang fasih berbicara arab ammi/fushah
- tiada air untuk tempoh yang agak panjang
- lampu ruang depan rumah mati (gelap ooo)
- sejuk yang tidak boleh bincang
- kebisingan hon² penduduk sini yang menggamit kenangan
- duduk rumah je selain program PPMA,ke masjid dan pekan


itu sahaja,
wallahua'lam

#pagiygproduktif
#djm

Wednesday, 11 September 2019

Salam Bumi Jordan P1(Read And Silence)

Suasana quran di jordan berbeza dengan malaysia?


apa yang ingin aq kongsikan adalah suasana 'kerajinan' / budaya orang arab yg suka menghabiskan masa dengan membaca quran secara sirr(senyap) apabila menunggu iqamah solat, 



pengalaman aq apabila menunaikan solat subuh di Masjid HudHud, Amman. Seusai solat sunat, mereka akan terus mengambil naskhah alquran dan membaca sehingga tiba iqamah solat. Bukan seorang dua yang berbuat sedemikian rupa, tetapi 'majoriti' jemaah. 


sangat malu dengan diri sendiri, orang tua² pon sangat rajin. 


budaya ini bukan sahaja di negara Jordan, akan tetapi kebanyakan negara arab. Melazimi lidah mereka dengan kalam agung, kalam cinta dari Ilahi


Grand Husseini Mosque

sekian coretan daripada aq sepanjang kurang dari seminggu berada di Amman, Jordan, wallahua'lam

#pagiyangproduktif
#djm

Monday, 9 September 2019

JORDAN

Alhamdulillah,

6/9/2019 
detik yang sangat bersejarah dalam kehidupan aq. Tarikh yang telah mengubah hidup aq daripada seorang warganegara malaysia kepada penuntut ilmu di bumi Jordan,

Dahulu aq pernah bercita² ingin menyambung pelajaran di bumi Jordan selepas SPM, namun takdir Allah menempatkan aq di DQ (Darul Quran),

Sedih?Kecewa? 

Memang aq akui perasaan itu, namun aq jenis yang bukan mudah untuk menunjukkan kesedihan, lantas membawa azam baru di DQ, alhamdulillah khatam quran pada 23/11/2018

Tanpa diduga, nama aq tercalon untuk mengikuti temuduga pelajar² tajaan ke Universiti Wise, Amman, Jordan. Pergi dengan seribu satu perasaan. Gugup itu tetap ada kerana peserta2 lain hebat2 belaka.Siapalah aq.


Takdir Allah sekali lagi menyentap perasaan aq apabila terpilih antara 10 orang yang akan ditaja oleh KPM ke Jordan 😭 Alhamdulillah. 

gambar sebelum fly




itu jelah coretan awal, doakan kami (anwar,luqman,zuhaid,umar,iffah,aisyah,
hajar,ayuni,salmi,afifah) berjaya, Aminnnn


#pagiygproduktif
#djm