brainstorm

DJM (Diari Jordan Malaysia)

Wednesday 12 February 2020

Salam Bumi Jordan P12(Berjalannya aku...)

5/2/2020

Tempoh waktu yang agak panjang,
Setelah 2 hari berehat selepas menunaikan ibadah umrah,
Moga Allah menerima amalan kami, aminn

Tepat jam 9 pagi, aku keluar dari rumah, menuju ke bas amman di hadapan masjid jamiah. Memang tak ramai pon pelajar. Mungkin disebabkan jamiah masih tutup bersempena cuti semester, kurangnya pelajar berkeliaran di hadapan masjid jamiah.

Perjalanan aku diteruskan ke stesen bas raghdan, kemudian menuju ke As Salt, salah sebuah daerah yang ada di Jordan. Bayar tambang bas 75 kersh je (0.75 x rm6), boleh kira anggaran ini haha . Ambil masa hampir sejam juga dalam bas.



Untuk pengetahuan semua, kenapa aku datang sini adalah untuk merasai sendiri pengalaman berada di bumi yang penuh dengan makam anbiya'. Samada ia soheh atau tepat atau tidak, aku tak nak bahaskan, cuma selagi ada peluang untuk berziarah, aku akan cuba pergi walau hanya sekali. Teringat kata2 seorang guru aku,

Ustaz Nizamuddin bin Ahyar, " masa aku di mesir dulu, hampir 3 tahun duduk sana aku tak pernah jejak kaki kat Piramid, ada waktu lapang aku cari makam anbiya' atau para sahabat salafussoleh. Sedar2 balik Malaysia haha "

" engkau nanti di Jordan cuba lah buat macam aku, aku tak halang ko nak pergi tempat2 lain macam Petra dll, tapi cuba jugak cari makam2 anbiya' kat sana" pesan beliau

Tempat pertama aku nak tuju makam Nabi Allah Syuaib, 

Maka aku pon cari UBER TEKSI kerana ia lebih murah (apps macam GRAB), dan terus bergerak ke sana. Dalam aku berkhayal melihat pemandangan indah sepanjang jalan tersebut, pemandu teksi itu menerangkan aku mengenai kemudahan teksi yang sangat susah di sekitar makam tersebut. Memang benar kata dia, sepanjang perjalanan aku nampak hanya sekali dua teksi,

Makam nabi Syuaib itu terletak di Balqa, kawasan selatan dari kota As Salt. 


Makam Nabi Syuaib

Alhamdulillah sampai juga. Aku masuk kedalam sambil mendengar sedikit cerita mengenai kisah Nabi Syuaib daripada imam masjid tersebut. Makam ini berada bersebelahan masjid. Kaum nabi Syuaib yang digelar Madyan, memang terkenal dengan kehebatan dalam berdagang. Namun mereka suka menipu dalam sukatan timbangan.

Boleh rujuk Surah Al A'raf ayat 85, dan juga surah Hud ayat 88.

Hanya 10 minit berada di makam nabi syuaib, aku berniat ingin pulang ke Kota As-Salt, namun dipelawa oleh pemandu teksi untuk membawa aku ke makam yang lain, iaitu makam nabi Ayyub, dan nabi Yusha'. Bagai orang mengantuk disorong bantal, aku terus bersetuju. Dah alang2 aku berada disini, jalan lah lagi. HAHAHAHA


pemandangan luar masjid Nabi Syuaib

Perjalanan diteruskan ke makam Nabi Ayyub, boleh tahan juga ramah pemandu teksi ni. Dia yang banyak bertanya, aku jawab sekadar yang aku boleh. Masih banyak lagi kosa kata arab yang perlu aku ingat.

imam masjid 


Setibanya aku disini, aku disambut baik oleh imam masjid tersebut. Beliau bertanya bagaimana dia mahu menerangkan kisah nabi ayyub ini? Pemandu teksi tersebut menjawab " dia (aku) boleh berbahasa arab, tidak mengapa" Senyum kambing aku.

Kisah nabi Ayyub juga hebat. Seorang nabi Allah yang sangat hebat dalam kesabaran 

Boleh rujuk surah al anbiya' ayat 88. 

Nabi Ayyub diuji dengan penyakit yang berat, hampir 18 tahun bersabar. Cerita kisah nabi ayyub korang boleh cari insha allah.

Next? makam nabi yusha'.



Inilah makamnabi yusha'

Pada awalnya aku sendiri tidak beberapa tahu kisah mengenai nabi yusha'. 
Ini adalah kali pertama aku dengar.
Tetapi alhamdulillah mengikut perkhabaran kawan aku, setelah dirujuk kitab tafsir ibnu kathir, ada menyebut bahawa nabi Yusha' adalah pembantu nabi Musa. Nabi Yusha' lah yang telah memberitahu nabi Musa mengenai kehadiran Nabi Khidir. Sepertimana kisah yang kita pernah dengar mengenai nabi Musa berjumpa dengan nabi Khidir. Wallahua'lam

Apa yang mengejutkan aku, kepanjangan kubur nabi Yusha', lihat seperti di dalam gambar. Panjang kan?

boleh bayang? andai aku berbaring sebelah makam tersebut pon sudah pasti aku hanya suku daripada kepanjangan tersebut.

Alhamdulillah, kini tiba sudah saat aku pulang ke rumah. Pemandu teksi tersebut bertanya kepada ku andai mahu ke tempat2 yang lain, tetapi aku menolak. Duit sebenarnya "tak ramai" haha. Aku pon tidak mengetahui andai cukup atau tidak duit untuk pulang ke rumah.

DAH LAH GERAK SORANG JE......hahahahahaha

andai gerak ramai2 boleh berkongsi duit bayar duit teksi, ni aku seorang. Sepanjang perjalanan ke stesen bas As Salt, aku cuba berkira kira anggaran duit yang aku akan bayar. Jangan dia cekik aku kawkaw sudahlah.

Geddish?(berapa dalam ammi arab)

Tolak tambah semua perjalanan, termasuk dia menunggu aku untuk menunaikan solat asar berjemaah di masjid nabi ayyub(dia pon solat sekali hmmmm)

'shrin (20 dinar), aku terkedu. Seperti ku duga, dia tapau aku kawkaw, aku beritahu yang aku mahu bayar 15dinar, tetapi dia menolak. Katanya jumlah tu tidak sesuai dengan tempoh lama dia bawa aku tadi. Jarak antara 3 makam tu pon jauh juga sebenarnya. Huhuhu

Disebabkan aku malas dah nak tawar menawar,sebab aku yakin dia akan menolak,aku bayar je lah 20. Syukur cukup duit nak balik ke rumah nanti. Haiiihhh

Maka, tamatlah jaulah aku hahaha

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah aku asyik terpikir, memang aku suka gerak seorang eak?
Hahahahaha kalau nak ajak kawan2 serumah pon pasti diaoran tidak mahu ikut. Bila lah nak ada yang teman(isteri),hmmm hahaha aku doa mudah2han dapat isteri yang solehah,yang menjaga diri dia, yang tidak terlalu menjadi tatapan umum aminn.

Nantilah fikir, Nak study dulu :) maaf yek bakal isteri yang tak tahu lagi sapa hahaha

Wallahua'lam.

#tengahmalamygproduktif
#djm




Monday 3 February 2020

Salam Bumi Jordan P11(Rindu aku...)

Sudah sekian lama aku tidak mengisi ruangan ini,

Mungkin sudah tiba waktunya,


~~~~~

Sesosok tubuh yang hina lagi dhaif ini, merasakan kepuasan yang sangat. Hari ini adalah hari yang ditunggu tunggu. Melepaskan pena berwarna biru dengan penuh keyakinan. Melintasi kesesakan manusia yang sedang asyik dengan lembaran kertas putih. Sambil ia berjalan,  senyuman tidak lekang di bibir. Menyerahkan lembaran yang sama kepada pihak berkuasa.

Kreekkkkkkkkk

"Alhamdulillah habis juga semester 1",

Tergambar jelas riak wajah keriangan. Angan² yang dicipta sekian lama seakan akan menerjah keluar, seperti tidak sabar untuk diukirkan sebagai kenangan nanti.

2 hari berlalu dengan sangat pantas.

Persiapan rapi sudah diatur awal. Melonjak hati tanda kegirangan. Membawa impian menggunung untuk ditabur kemudian hari.


"Safar Saed ila Umratuka"

Bagaikan anak kehilangan ibunya. Apabila berjumpa esakan gembira. Itulah jiwa sekian lama. Merawat kerinduan hati terluka.



Mana mungkin engkau mengatakan : " Owh umrah je " , sedangkan dalam perjalanan menunaikan umrah itu akan dihiasi dengan pelbagai ujian, dugaan, kecintaan, kekecewaan dan ketidakstabilan.

Amboi, banyak sungguh !

Engkau akan merasakan ujian yang sangat berat untuk mengekalkan wudu' di dalam 2 masjid ini untuk mendapatkan ganjaran pahala yang berlipat ganda. Solat di Masjidil Haram bersamaan dengan 100 000 ganjaran, solat di Masjid Nabawi bersamaan dengan 1000 ganjaran, engkau mahu melepaskan begitu sahaja?

Engkau akan merasakan dugaan yang sangat hebat tatkala melakukan tawaf atau berebut masuk ke Raudhah, berpusu pusu manusia yang pelbagai bangsa dan warna kulit, tidak menghiraukan engkau, semua dengan amalan masing², mahukah engkau berputus asa dan tidak terus beramal?

Engkau akan merasakan kecintaan yang sangat kuat apabila telah melazimi amalan² wajib dan sunat secara istiqomah sebelum menunaikan umrah, merasakan lazatnya ibadah dengan suasana yang sangat membantu, tetapi persoalannya adakag engkau sudah melakukan persediaan sebelum berangkat ke sana?

Engkau akan merasakan kekecewaan pada diri sendiri, melihat orang yang jauh lebih susah daripada engkau dari pelbagai aspek seperti kecacatan, kewangan, namun jauh lebih bersungguh melakukan ibadah, tidak kah engkau kecewa dengan diri sendiri?

Engkau akan merasakan ketidakstabilan dalam diri apabila mudah berasa hendak marah, walau engkau tahu dahulunya engkau tidak seperti itu, bagaimanakah sifat itu boleh berubah secara tiba²?


.....

bersambung

#pagiygproduktif
#djm

Monday 30 December 2019

KEMBALI KE SEKOLAH

cuti akhir tahun untuk pelajar-pelajar sekolah sudah pon tamat,
maka kembalilah mereka ke medan perjuangan semula,




dikesempatan ini, aku nak ucapkan:
selamat kembali ke sekolah,
selamat memulakan hidup baru,
selamat membawa azam yang baru,




suka untuk aku ingatkan, khususnya kepada pelajar jurusan TAHFIZ ALQURAN,



kisah 2019 biarkan ianya pergi,
kekurangan pada tahun 2019 perlu ditampung,
sebagaimana coklat nutela menjadi pelengkap kepada roti kosong,
maka usaha yang lebih perlu di pertingkatkan,
amalan2 wajib perlu diperkemas, 
amalan2 sunat harus dihiasi pada diri,



target 2020

1) buat jadual mengulang quran dengan sebaiknya, bagi yang tidak biasa dengan minimum 1 juz sehari, mula lah dengan suku juzuk sehari, bila sudah biasa, naikkan, hingga boleh mengulang berjuzuk juzuk setiap hari, YANG PENTING KONSISTEN/ISTIQOMAH

2) ambil peluang masuk musabaqah hafazan quran, sebab inilah antara wasilah kita untuk selalu bersedia/mengulang quran, dan kesan lain kita akan mudah kesan kelemahan kita bahagian mana

3) korbankan masa yang lebih bila pulang ke rumah dengan mendengar audio2 bacaan alquran, rasanya tiada masalah, kebanyakkan anak2 muda mempunyai gadjet/smartphone yang canggih, atau paling malas bukak saja youtube, search bacaan2 qari/sheikh yang masyhur, dengar dia baca sambil kita mengikut bacaan dia

wallahu'alam,

Saturday 14 December 2019

Salam Bumi Jordan P10(Hanyalah aku)

14/12/2019




Ketakutan ku,

Seiring dengan perubahan era,
Manusia disajikan dengan kecanggihan,
Kepintaran anak muda kian mencanak,
Namun,
Ada sekelumit kerisauan di hatiku,

Teknologi yang pesat membangun,
Seakan akan tidak seiring dengan jiwa 'bersih' anak2 
Semakin jauh mereka mencuba itu dan ini,
Tanpa disedari menggantung kesedaran mereka,

Bukan lah aku baik orangnya,
Pantas untuk mengkritik suasana,
Hanya lah aku merindukan,
Era terdahulu tanpa ditekan,


Setiap era ada cabarannya,
Era terdahulu cabarannya berbeza,
Era kini lain pula caranya,

Anak muda kini dipersembahkan dengan kata cinta,
Terasa asing bila tidak berpunya,
Megah andai menjadi perhatian,

Anak muda kini disiatkan dengan kecantikan,
Cantik itu kebanggan,
Yang sebaliknya menjadi saringan,

Anak muda kini dihimpitkan dengan permainan,
Kehebatan menjadi ukur kejantanan,
Keceluparan menjadi zikir harian,

Anak muda kini dipersiapkan dengan omelan2 kosong,
Tanpa persediaan rapi,
Tanpa solat didiri,
Tanpa alquran disisi
Tanpa akhlak terpuji,
Tanpa pengorbanan diuji,



Bukan lah aku baik orangnya,
Pantas untuk mengkritik suasana,
Hanya lah aku merindukan,
Era terdahulu tanpa ditekan,

Aku tiada kuasa untuk bersuara,
Aku cetek memahami kehidupan dunia,

Tetapi,
Aku aku, 
Yang basi dimakan hati,
Dirawat setiap hari,
Dimuntah semua sekali,
Ditarah alat teknologi,
Disimpan diruangan ini,
Moga kita perbaiki,
Diri yang serba kekurangan ini,


#malamygproduktif
#djm

Friday 1 November 2019

Salam Bumi Jordan P9(Salahkah aku?)

Salam Bumi Jordan,

1/11/2019,

Salahkah Aku?
Salahkah Mereka?
Salahkah Kami?

Persoalan demi persoalan timbul, namun akhirnya aku temui jawapannya,

Semasa aku menjadi guru, seorang ustazah telah menegur aku dengan soalan yang agak menarik,

"Nuar, apa pendapat awak tentang pelajar2 yang cemerlang ambil bidang agama? Kenapa diaorang tidak meneruskan sahaja ke bidang sains tulen?Contohnya ada pelajar kita X, dia sangat cemerlang dalam keputusan SPM tahun lalu,tetapi mengambil jalan untuk meneruskan bidang agama."

"Sekolah kita ni ada 2 aliran, sains tulen dan agama, apa yang saya nampak pelajar2 cemerlang dari sekolah kita akan meneruskan pengajian di peringkat diploma/ijazah dalam bidang agama juga, apa pendapat awak?" ujar ustazah,

Aku yakin dia inginkan pandangan aku, bukan untuk perlekehkan budak2....

Pelajar agama selalu ditakrifkan dengan subjek2 yang mudah, tidak seberat subjek sains, matematik dll.

Bila ditanya mengenai bidang apa yang diambil di sekolah, aku yakin majoriti pelajar2 jurusan agama akan malu untuk menjawab bahawa dia adalah pelajar agama.

"Pelajar2 jurusan agama diperingkat universiti mahupun diperingkat sekolah menengah biasanya akan dipelopori oleh pelajar2 pertengahan, tidak terlalu cemerlang dan tidak terlalu sebaliknya, maka masyarakat akan memandang bahawa Ustaz/Ustazah bidang agama ni biasa2 sahaja berbanding pelajar2 bidang sains, Pelajar sains nampak lebih 'gah' . 

Maka saya setuju andaikata pelajar2 dari sekolah agama ini yang cemerlang keputusan sains dan agama (spm dan sma) meneruskan bidang agama, moga2 tafsiran masyarkat dapat dikikis sedikit demi sedikit bahawa pelajar agama juga ramai pelajar2 yang cemerlang"






Inilah jawapan saya pada ustazah tersebut.
Cuba anda bayangkan, pelajar2 cemerlang sekolah agama meneruskan kecemerlangan mereka diperingkat yang lebih tinggi? Berapa ramai para ilmuan akan lahir? Berapa ramai guru2 yang sangat berkualiti ilmunya akan mendidik anak bangsa?

Subjek agama bukan setakat memahami apa yang terkandung di dalam kitab, namun ia jauh lebih dari itu.

Kekuatan hafazan yang mantap,
Kesabaran menghafaz bait2 matan ilmu,
Kecekapan memahami syarah para ulama,
Keperibadian yang unggul,
Kebijaksanaan menyusun jadual hidup mereka untuk ilmu,
Kecintaan mereka pada ilmu,


Nukilan saya ini bukan untuk merendahkan pelajar2 atau orang yang bukan dari bidang agama, tetapi ingin menyedarkan mereka2 yang 'terlena'.

#ptgygproduktif
#djm

Saturday 26 October 2019

Salam Bumi Jordan P8(Adab)

Salam Bumi Jordan,

26/10/2019,


tatkala aku menyusuri kehidupan aku, satu persatu,
dari awal pagi hingga ke malam,
aku dapati, semua orang mahukan KEBAIKAN

semua orang mahu dirinya menjadi baik,
mahu diperlakukan oleh masyarakat dengan baik,
mahu segala angan2 yang baik menjadi kenyataan,
namun bukan mudah,
pasti ada kecacatan....

apa yang kurangnya?
kenapa tidak terjadi?

mungkin jawapan yang agak sesuai untuk mencari solusi masalah tersebut adalah mengenai adab.
adab yang baik lahir daripada sikap yang baik. sikap yang baik lahir daripada pengamalan batin yang baik.

selalu kita dengar - orang yang beradab pasti berilmu, namun orang yang berilmu tidak semestinya beradab




maksudnya apa? maksudnya orang yang berilmu tidak semestinya mempunyai adab yang baik, dan orang beradab pasti mengamalkan ilmu yang dipelajari dengan baik...namun tidak boleh kita mengatakan orang berilmu pasti tidak beradab. SALAH sama sekali. jangan lah kita 'pukul sama rata ', jangan sesekali !

perihal mengenai adab ini, konteks perbahasannya cukup luas. 

ada beberapa contoh yang mungkin boleh kita renungkan bersama sama.

pertama, menjadi kelaziman aku perhatikan mahasiswa/mahasiswi di universiti Wise ini, suka duduk di atas buku apabila mereka melepak di tangga atau di tempat yang tidak mempunyai kerusi. Itu adalah tanda kurangnya adab kita dengan ilmu. Ilmu yang tertulis di dalam buku tersebut. sedangkan buku tersebut menjadi rujukan mereka nanti lebih lebih lagi apabila tiba musim peperiksaan, 

kedua, dr yassir (pensyarah madah tilawah alquran) selalu menyebut mengenai kerinduan beliau terhadap malaysia, sedangkan beliau warganegara Mesir, katanya ketika beliau mengajar di Malaysia, pelajar pelajarnya suka datang ziarah beliau apabila di rumah mahupun apabila dimasukkan ke hospital, mempunyai sikap dan adab yang tinggi bagi memuliakan seorang guru, dan apabila beliau dipindahkan ke Jordan, sikap yang ditunjukkan seperti pelajar2 malaysia tidak seperti pelajar2 Jordan.

ketiga, pemikiran yang keterlaluan mengenai masyarakat arab, ada segelintir pelajar2 yang memandang " kalau arab je mesti kurang ajar ", tidak dapat disangkal perangai2 masyarakat arab kurangnya adab mereka, tetapi tidak boleh kita menganggap semua sama, kerana pasti ada yang lebih mulia akhlak mereka daripada kita,cuma kita tidak mengetahui.

keempat, seorang pelajar aku (ketika aku mengajar di kluang,Johor) menunggu izin aku untuk dia pulang ke asrama selepas habis tasmi' quran sedangkan aku sedang mendengar bacaan tasmi' pelajar lain. boleh sahaja dia meminta izin terus selepas tasmi' tetapi dia berbisik pada kawannya seorang lagi 'tunggu, ustaz belum suruh aku pulang' (padahal aku dengar dia saja berbisik), keadaan tersebut sebenarnya membuatkan aku terkejut kerana masih ada pelajar yang cukup jaga adabnya dengan guru.





demikian contoh2 yang boleh kita jadikan iktibar dalam kehidupan, pilih lah yang terbaik untuk menjadi yang terbaik. amalkan segala ilmu yang telah kita pelajari. 
wallahua'lam.


#malamygproduktif
#djm

Saturday 19 October 2019

Salam Bumi Jordan P7(Bersediakah aku...)

Salam Bumi Jordan,

19/10/2019

harini kita post awal pagi sikit ea? sekarang jam menunjukkan jam 8.15 pagi (waktu jordan) bersamaan 1.15 petang (waktu malaysia).....

Ada sebuah cerita yang aku rasa sangat tertarik untuk dikongsikan....

Kawan aku xxxxx (aku panggil A okay??) masa awal sebelum ramadhan tahun 2019 ni ditawarkan menjadi imam terawih di sebuah masjid di Australia, wowowowo Australia pun aku tak pernah pergi...hahaha tapi tak kan pegi gitu je en, sebelum dia terpilih untuk menjadi imam di sana, dia melalui beberapa ujian. Contohnya ujian kemahiran berbahasa Inggeris...yang part ni aku malas nak cerita sebab panjang.... so dipendekkan cerita dia pun "fly" ke Australia dan bertugas di sana sebelum Ramadhan lagi...

Sepanjang dia disana, aku perhatikan whatsapp story dia, instagram story dia, memang aku tabik lah dia boleh cakap omputeh lancar, takkan lah nak kesana tak boleh speaking kan? tak kan nak cakap jawa pulak? hahah hambar.... antara tugas yang dia kena buat kat sana selain jadi imam terawih, kena bagi ceramah pendek(tazkirah), kena mengajar di sekolah rendah/tadika mengenai alquran, gitu lah antaranya sebab dia pun hafiz quran kan....

hadis nabi :
 خيركم من تعلم القرأن وعلمه 

Tiba2, aku dapat tahu dia sambung belajar di sini, dalam bidang usul feqh, godek godek cerita baru aku tahu kenapa dia sambung belajar sedangkan dia sudah selesa kat sana, dan paling mengejutkan dapat beberapa tawaran yang SANGAT ISTIMEWA..kata dia,


maulana beritahu aku:
  sambung lah belajar A, sebab aku (maulana) dulu pun pernah berkhidmat di masjid tersebut 10 tahun yang dulu, aku pun dapat tawaran yang sangat istimewa macam A juga, engkau dah cukup bersedia ke nak jawab soalan2 mengenai hukum feqh dari masyarakat sana? ilmu yang basic sudah engkau kuasai ke?

antara KEISTIMEWAAN yang si A tu akan dapat kalau dia terus tinggal di Australia :
  • kerja imam tetap di sana (duit insha allah masyuk)
  • menjadi tenaga pengajar (masyuk lagi)
  • disediakan tempat tinggal yang selesa (tak yah pikir nak tinggal mana)
  • ditawarkan isteri (tak yah cari ada orang offer)
  • dll
siapa yang tak tergugat kalau dapat tawaran macam tu? tahap kepercayaan orang disana terhadap hafiz quran, pemuda malaysia sangat tinggi.

si A ni cakap, " aku terfikir balik bila maulana kata macam tu, kalau aku terima tawaran jadi imam sana, menetap disana, sudah semestinya aku akan jadi tempat rujukan untuk pelbagai masalah2 hukum hakam, andai sekalipun hukum hakam yang ditanya tu mudah, tapi boleh ke aku jawab dengan jawapan yang mantap berdasarkan ilmu yang aku ada? sudah cukup bersedia ke aku dengan ilmu? 


sedassssss sentap, betul apa yang dikatakan oleh maulana, dan tepat tindakan si A tu untuk terus sambung belajar bagi memantapkan ilmu yang dipelajari.. sekarang persoalan aku untuk kalian wahai anak muda: 

  1. dengan ilmu yang engkau pelajari di sekolah, mahupun di peringkat universiti, sudah cukup bersedia kah engkau?
  2. andai ditanya mengenai kaedah ambil wuduk, apa jawapan kita ? adakah hanya dengan berkata (baiklah berdasarkan ilmu yang aku belajar di sekolah dulu, bla bla bla) tanpa rujukan yang betul, layak ke ?
  3. kitab apa yang menjadi sandaran ilmu kita? syeikh/alim mana yang menjadi sandaran ilmu kita?  

sedangkan UAS (ustaz abdul somad) penceramah yang alim itu pun dikatakan akan berhenti untuk mengajar dalam beberapa waktu/tahun kerana ingin melanjutkan pengajian, SUBAHANALLAH

kita? ayuh anak muda kita kuatkan azam untuk menimba ilmu dengan bersungguh sungguh, kuatkan tekad, walau apa jua bidang yang kita pilih "even" bukan bidang agama tetap perlu kuasai dengan semaksima yang mungkin, insha allah


wallaua'lam,

#pagiygproduktif
#djm

Tuesday 15 October 2019

Salam Bumi Jordan P6(Alangkah Indahnya)

Salam Bumi Jordan

15/10/2019


Alhamdulillah, kita kembali,
Dah lama rasanya aku tak update blog ni,
Kali terakhir rasanya 10 hari yang lepas,
Al maklum, kuliah baru je start (6/10/2019), so memang sangat sibuk, kuliah setiap hari.

 Apa yang aku nampak sekarang, cabaran untuk aku :

1. Hafal matan dan mengulang matan
2. Ngulang quran
3. Nak faham Syeikh/Dr ajar


buku matan al syatibiah



- Hampir setiap hari wajib hafal bait2 Matan Al Syatibi, 3/5 hari kuliah ada kelas Usul Qiraat ( hafal matan dan syarah matan ), so masa kelas usul qiraat tu lah kena tasmik bait2 tu, paling sikit 10 rangkap baris bait.
- Mengulang quran pun dah mula ke laut. Kalau dulu walau sesibuk mana pun masih boleh susun jadual mengulang, part2 yang memang kabur boleh hafal balik, YA ALLAH BANTU LAH KAMI, nak prepare untuk tasmik dengan syeikh bila talaqqi nanti
- nak paham ni agak kuat jugak, cuma aku sekarang dah tukar cara (baru nak buat hahahaha), baca je dulu apa yang subjek nak blaja dekat kelas, paham ke tak baca je....cuma MALAS tu besar sangat hahahaha nanti bila syeikh ajar boleh tangkap lah sikit2


maktabah dandis


balik je kelas memang akan penat!! sangat penat !! moga Allah balas dengan ganjaran yang baik, aminn

eh? rasanya ni bukan apa yang aku nak sampaikan hahahaha saja mengomel.

masa dalam kelas selalu aku fikir, macam mana kehidupan ulama2 yang hebat2 dulu? bukan aku kata zaman sekarang tak ada ulama hebat, tapi kitab2 yang aku belajar ni memang kitab2 yang ulama dulu karang.


Ulama2 dulu bukan satu je bahagian ilmu yang di faqeh, tapi banyak,
Contoh Imam Syafie, masyhurnya dengan ilmu Feqh, tapi dia pun sangat alim dalam ilmu2 lain. Imam Al Bazzi (ulama qiraat) pun hebat dalam ilmu hadis. Banyak lagi contoh2 ulama yang hebat2 zaman dulu kala.


Alangkah indahnya...



Sedangkan kita bila amik takhassus dalam suatu bidang pun dah rasa berat, ni apatah lagi ulama dulu yang menguasai pelbagai ilmu.


Moga aku dapat mengikuti jejak mereka yang sangat mencintai ilmu. Aminn



~~~~~~~~


Nasihat aku,
Untuk penuntut ilmu yang masih berada di bangku persekolahan (rendah/menengah), isilah masa kalian dengan benda yang berfaedah, bagi yang hafiz quran, tolong murajaah hafazan dari awal sebelum terlambat, masa kalian sangat panjang walau pun kerja sekolah berlambak, tetapi sebenarnya sangat mudah untuk mengulang alquran, PERCAYALAH

bagi yang belum hafiz quran, jadikan masa senggang dengan baca alquran sebanyak yang mungkin, sebanyak yang boleh

wallahua'lam
#tghhariygproduktif
#djm

Friday 4 October 2019

Salam Bumi Jordan P5(Baiknya)

Salam Bumi Jordan

5/10/2019

daripda haritu nak cerita,tapi lupa je...

okay nak cerita lah sikit, dekat kawasan tempat tinggal aku ni, ada dua masjid

1. masjid jamiah(masjid universiti)
2. masjid bashaer al hadi

dua2 ni best, sebab klo masjid jamiah ni, kebanyakkan jemaah adalah pelajar2 yang belajar di Uni Wise ni, so akan nampak banyk jenis manusia, ada yang dari malaysia,indon,thailand,ghana,belah2 afrika sana,

klo masjid bashaer ni majoriti orang2 tempatan(urdun),ada aircond 🤩🤩 (ni yang paling best)

tapi apa yang nak diceritakan sebenarnya? hehehe ni baru nk cerita,

ni lah gambar mihrab masjid bashaer tu


setiap kali waktu solat subuh, akan ada seorang pakcik(lingkungan umur 60an) akan pergi kat setiap jemaah yang ada dalam masjid, dan dia akan beri coklet


ni lah cokletnya


nampak kecik n simple kan? tpi dri perbuatan pakcik ni, aku nampak seolah olah dia cuba bersedekah pada setiap hari waktu subuh dekat orang lain

tanggapan kita kalau nak bersedekah mesti duit,atau pon barang mahal², so kalau orang yang kurang berkemampuan akan tak nak bersedekah sbb dia kata tak de duit nak bersedekah, tapi pakcik ni TAK,

tetap dia bersedekah pada setiap pagi, Allahuuu baik betul, kadang kalau tak dapat coklat pagi2 tu dari pakcik akan rasa rindu pulak, hebat kan kuasa sedekah ni, boleh menimbulkan kasih sayang.

Moga Allah berkati pakcik tu, aminn, dan moga kita dapat ikut jejak langkah pakcik tu, aminn


#pagiygproduktif
#djm

Sunday 29 September 2019

Salam Bumi Jordan P4(Kerja Gile)

Salam Bumi Jordan (part 4)

29/9/2019

Hari ini, aku berjaya juga melawan nafsu malas aku, hahahahahha

Dari minggu lepas aku nak jalan², hahaha asyik keluar ke pekan Tobarbour je, tu pon cari makanan, barang2 dapur, ambil duit, hahaha


Jam 12 tengahhari tadi, aku dengan penuh yakinnya 'order' uber nak ke Cave of The Seven Sleepers (Gua Ashabul Kahfi), Anas tanya aku, " ko serius lah nak ke sana sorang? " hahaha aku angguk je sebab dah tak tahu nak buat apa kat rumah, kuliah pon belum mula lagi, huhuhuh

Dalam perjalanan ke gua Ashabul Kahfi tu, aku amik peluang berbual2 dengan pemandu uber tu, niat asal nk cakap arab, tapi dia lebih fasih berbahasa omputeh, so tak dek pilihan selain cakap omputeh gak lah hahahaha, boleh tahan masyi BI aku,


jam 1 tengahari aku pon sampai, letih jugak dalam kereta je, anggaran awal sepatutnya setengah jam je, tapi disebabkan 'jammed' yang agak teruk tadi, lambat sampai, dan paling sedih naik harga uber daripada JD5.010 kepada JD9. Banyak tu 😭😭😭 tak apa lah, aku dah sampai pon,




kemudian aku pon solat lah di Masjid Ashabul Kahfi tu,




kemudian turun ke bawah menuju ke pintu masuk kawasan gua tu, ingat kan tutup sebab memang pintu tutup dari tadi, rupa rupanya memang begitu, alhamdulillah dapat jugak masuk, kalau tidak sia sia aku datang jauh²


Hampir 15 minit jugak aku kat dalam gua tu, pusing2 dalam tu, tangkap gambar, mujur pagi sebelum aku bertolak ke gua aku 'search' kisah ashabul kahfi ni kat youtube,














meh ena cerita sikit,

- ada tujuh orang pemuda yang tidur di gua tersebut disebabkan melarikan diri dari penguasa yang zalim ketika itu,
-dikatakan zaman tersebut banyak sembahan berhala, dan penguasa tersebut menyuruh rakyat untuk tunduk padanya
-pemuda2 tersebut ditangkap dan dipenjara namun dapat melarikan diri daripada penjara
- tidur selama 309 hari (ikut kalendar matahari) kalau ikut kalendar bulan selama 300 hari, tak kesah lah yang penting 300 lebih gitu
- anjing yang turut serta pemuda tu duduk diluar, sebab malaikat tak masuk ke rumah yang ada anjing,
- banyak tempat di seluruh dunia yang dicanang2 sebagai gua ashabul kahfi( lebih kurang 30 tempat), tetapi pendapat yang kuat mengikut cerita yang digambarkan dalam al quran di Jordan ini
-apabila mereka bangun dari tidur, mereka pikir tidur yang sekejap(sehari atau kurang dari sehari)
-salah seorang daripada mereka keluar mencari makanan, wang yang digunakan oleh mereka sudah lama, dan penjual makanan tersebut melaporkan kepada hakim mengenai wang lama tersebut(khazanah)
-penguasa pada ketika itu bukanlah orang yang zalim, dan merasa takjub dengan kisah pemuda2 tersebut,
-pemuda2 tersebut meminta pada allah untuk dimatikan dan Allah mengabulkan permintaan mereka,

serba sikit cerita yang aku dapat, wallahua'lam, andai ada terkurang terlebih mohon maaf,


selepas itu, aku teruskan pengembaraan aku bersama encik uber ke makam bilal bin rabah, salah seorang daripada sahabat nabi dan paling penting, muazzin nabi ketika nabi muhammad s.a.w. hidup.Kali ini,aku berpeluang untuk berbual2 bahasa arab dengan pemandu uber yang berasal dari Palestin, belum berkahwin, aku bertanya, kenapa belum berkahwin?

kata dia sebab permintaan perempuan2 di Jordan ini tinggi, perlu ada rumah, kerja yang bagus, emas yang banyak, hantaran yang sangat mahal, Allahu, sedih aku mendengarnya,

mudah2han Allah permudahkan urusan dia nak berkahwin suatu hari nanti, aminn, dan mudah2hn Allah permudahkan urusan aku untuk berkahwin nanti aminn 😂😂 hahahaha kalau ada jodoh lah,



makam Bilal bin Rabah tu berada di Wadi Sir(nama kawasan)






Jauh di atas bukit, dan mempunyai pemandangan yang sangat cantik. aku gembira berada di situ kerana suasana yang tenang, tidak bising, rasa seperti tidak mahu balik ke rumah, nak tunggu waktu asar di sini dan solat berjemaah di sini, namun, bateri hp aku buat masalah, tinggal 20 peratus saja, 😭😭😭 kena juga balik awal sebab takut² bateri habis, dari tadi aku menyesal kerana lupa nak bawa 'powerbank' dari rumah,

mungkin ada hikmah disebalik itu, aku pikir baik,

3 tempat lagi (makam nabi syuaib, makam nabi yusha, makam sahabat nabi abdul rahman bin auf) tak dapat diteruskan.

kemudian aku pulang ke rumah, tepat jam 4 petang,

alhamdulillah, selamat sampai ✨✨itu sahaja cerita aku untuk hari ini, buat kerja gile pergi sorang², dah lah baru sebulan duduk sini, buat2 berani, buat macam tempat sendiri, padahal sudah diingatkan oleh senior2 sini untuk elakkan keluar sorang² andaikata tempat yang ingin dituju jauh.

Alhamdulillah Allah jaga aku🥰

#pagiygproduktif
#djm

Wednesday 25 September 2019

Salam Bumi Jordan P3(Kagum)

Salam Bumi Jordan,

25/9/2019,

Hampir sebulan sudah aku berada di bumi anbiya’,
Hari ini aku ingin berkongsi sedikit cerita yang mungkin boleh dijadikan penguat dan inspirasi untuk para penghafaz al quran sekalian.
Seusai solat zohor di Masjid Jamiah Wise, kami (aku,luqman,anas)  telah berbual bual dengan seorang penuntut university wise secara tidak sengaja. Dia menegur kami ketika berada di luar masjid sementara menunggu teksi untuk ke pekan Tobarbour.
Dia seorang mahasiswa pengajian fiqh syafie di Universiti Wise, seorang hafiz quran yang berasal dari Nigeria, seorang lelaki berkulit hitam namun sentiasa menghiasi wajahnya dengan senyuman manis ketika berbual. Apa yang mengejutkan kami adalah dia telah menulis sebanyak 12 kali quran(secara tahriri 30 juz). Oppss terlupa nama dia. Namanya Muhammad Kamil. Ketika berbual bual dengan Kamil, Kamil berkata :

 " السلام عليكم يا دكتور "

Spontan kami berpaling, Kamil bersalam dengan seorang lelaki yang agak berusia dari arah belakangnya, berkopiah putih dan berjubah putih, kami turut bersalam dengan Dr tersebut. Mungkin sahaja Dr itu adalah salah seorang daripada pensyarah di Jamiah. Aku perhatikan adab Kamil terhadap Dr. Sungguh mulia adabnya ketika bertemu dengan guru, membuka jalan untuk gurunya berjalan keluar dari masjid.

                      Masjid Jamiah Wise



Apa yang ingin aku ‘highlight’ di sini adalah:
- Baru sekali aku khatam tulis al quran dah berasa agak hebat (astaghfirullah), tetapi dia sudah 12 kali, Masha allah aku yakin dia lagi mutqin hafazan quran dia
- Adab seorang muslim terhadap gurunya adalah sangat penting. Lebih lebih lagi seorang penghafaz al quran, perlu hiasi diri dengan akhlak yang mulia, sesuai dengan ‘title’ hafiz al quran
- Sentiasa merendah diri

Okay, itu je kot.

#ptgygproduktif
#djm

Thursday 12 September 2019

Salam Bumi Jordan P2(Selesa vs Cabaran)


Selesa VS Cabaran

pekan Sweileh, Amman, Jordan

Apa kaitan tajuk dengan gambar di atas? 

Inilah kehidupan kami selama seminggu di Sweileh, awal pagi keluar untuk mencari sarapan, tiada roti canai, tiada mee goreng, tiada nasi lemak, tetapi tepung² yang diuli menjadi roti, kemudian dijadikan roti yang pelbagai jenis, berunsurkan tepung : 

(falafil, burger, syawarma dll)

Mungkin terdapat lagi kedai² yqng berunsurkan sarapan untuk orang asia, namun kami tidak sempat untuk 'survey' lagi. HAHAHA


JAUHHHHH DARI TAJUKKKK ?

Tidak ! bahkan kita akan kembali mengaitkan cerita di atas.

Andai keselesaan yang berpanjangan kita cari, percayalah ia tiada di dunia ini, jadikan cabaran itu untuk anda selesa, maksudnya?

Selesa dengan cabaran baru, 

Kemudian, sabarlah dengan cabaran baru tersebut,

pepatah arab mengatakan : 
 "من صبر ظفر"
(barang siapa yang bersabar, maka ia akan beruntung)


~~~~~~~~~~



keadaan rumah persinggahan kami sebelum berpindah ke tabarbour


antara cabaran yang kami hadapi sepanjang seminggu di sini :

- tidak faham bahasa ammi jordan
- kurang fasih berbicara arab ammi/fushah
- tiada air untuk tempoh yang agak panjang
- lampu ruang depan rumah mati (gelap ooo)
- sejuk yang tidak boleh bincang
- kebisingan hon² penduduk sini yang menggamit kenangan
- duduk rumah je selain program PPMA,ke masjid dan pekan


itu sahaja,
wallahua'lam

#pagiygproduktif
#djm

Wednesday 11 September 2019

Salam Bumi Jordan P1(Read And Silence)

Suasana quran di jordan berbeza dengan malaysia?


apa yang ingin aq kongsikan adalah suasana 'kerajinan' / budaya orang arab yg suka menghabiskan masa dengan membaca quran secara sirr(senyap) apabila menunggu iqamah solat, 



pengalaman aq apabila menunaikan solat subuh di Masjid HudHud, Amman. Seusai solat sunat, mereka akan terus mengambil naskhah alquran dan membaca sehingga tiba iqamah solat. Bukan seorang dua yang berbuat sedemikian rupa, tetapi 'majoriti' jemaah. 


sangat malu dengan diri sendiri, orang tua² pon sangat rajin. 


budaya ini bukan sahaja di negara Jordan, akan tetapi kebanyakan negara arab. Melazimi lidah mereka dengan kalam agung, kalam cinta dari Ilahi


Grand Husseini Mosque

sekian coretan daripada aq sepanjang kurang dari seminggu berada di Amman, Jordan, wallahua'lam

#pagiyangproduktif
#djm